Tuesday, July 21, 2009

Perbincangan : Bolehkah usrah dijalankan secara maya (online)? apakah matlamat usrah itu tercapai?

Ya? Mengapa?
Tidak? Mengapa?

Komen pandangan anda di ruangan 'comments'

TQ- Moderator

Tafsir Surah Al-Fatihah

Ayat 1:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang

Surah ini dimulai bacaan ini yang membawa makna, “Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Allah ingin sampaikan kepada hambanya – melalui utusannya Nabi Muhammad s.a.w Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang, bukan pembenci, penghukum dan pendendam.

Nabi s.a.w menganjurkan agar umatnya memulakan sesuatu perbuatan atau pekerjaan dengan nama Allah yang mempunyai sifat yang mulia antaranya Ar-Rahman(Maha Pemurah)bermaksud bahawa Allah melimpahkan kurniaNya kepada makhlukNya dan Ar-Rahim(Maha Penyayang)bermaksud Allah sentiasa melimpahkan rahmat kepada makhlukNya.Dari bacaan itu tersimpullah suatu pengharapan agar apa yang kita kerjakan mendapat kurnia Rahman dan Rahim dan dimudahkan mendapat perkara yang baik dan dijauhkan dari yang buruk.

Dalam hadis Nabi s.a.w yang diriwayat oleh Abu Daud dari Abu Hurairah yang bermaksud: “Tiap-tiap pekerjaan yang penting kalau tidak dimulai dengan bismillah(dengan nama Allah) maka pekerjaan itu akan menjadi sia-sia”

Ayat 2:

Segala puji-pujian bagi Allah pemelihara, sekalian alam

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah kerana Allah adalah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji. Tidak ada yang lain berhak mendapat pujian demikian. Misalnya, ada seorang berjasa baik kepada kita meskipun kita memujinya namun hakikatnya puji hanya kepada Allah. Sebab seseorang itu tidak akan berbuat apa-apa kalau tidak kerana Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Sirah nabi membuktikan ketika Nabi telah berjaya menakluki negeri Mekah, namun baginda tidak pernah bermegah-megah bahkan mensyukuri nikmat Allah dan mengucapkan puji-pujian.

Tuhan dari sekalian makhluk atau Tuhan sekalian alam bermaksud Allah sebagai rabb yang meliputi segala pemeliharaan, penjagaan, pendidikan, dan pengasuhan. Kita juga dapat lihat bahawa Allah itu bukan semata-mata pencipta tapi juga pemelihara. Bukan sahaja menjadikan, bahkan pengatur segala makhluk seumpama matahari, bulan, bintang dan bumi. Sesudah dijadikan tidaklah dibiarkan, bahkan dipelihara dan dikuasai terus-menerus.

Ayat 3:

Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Ayat ini menyempurnakan dari ayat sebelumnya. Jika Allah sebagai Rabb, sebagai pemelihara dan pendidik bagi seluruh alam tidak lain maksud dan isi itu, melainkan kerana kasih sayangnya semata-mata. Tidaklah Dia memberikan pemeliharaan dan pendidikan itu untuk Dirinya sendiri,bahkan untuk rahmat buat makhluknya.

Raja yang menguasai hari yang diwaktu tersebut manusia akan menerima balasan amalan yang baik mahu pun yang buruk.

Contohnya, rahmat Illahi dapat dilihat pada dua ekor burung, iaitu seekor jantan dan seekor betina. Apabila burung betina sedang mengerami telurnya, si jantan terbang mencari makanan dan membawanya pulang. Kemudian ia terbang lagi dan pulang lagi sambil mulutnya menggonggongkan sebutir makanan kecil. Kedua-duanya menyanyi bercericik, bersiul, yang bunyinya dapat kita rasai dengan penuh rahmat.

Dengan melihat kasih saying suali isteri terhadap anak, binatang dan lain-lain dapatlah kita mengetahui betapa besarnya rahmat dan rahim Allah ke atas makhluk.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Orang-orang yang ada rasa rahim akan dirahmati oleh Tuhan yang Rahman yang memberikan berkat dan maha tinggi. Sayangilah orang-orang yang di bumi supaya kamu disayangi pula yang di langit (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, dan Al-Hakim dari hadis Abdullah bin Umar)

Ayat 4:

Yang Menguasai hari pembalasan,

Di sini dapatlah kita memahami betapa erti ad-din. Kita hanya biasa memberi erti ad-din sebagai agama. Padahal din pun bererti juga pembalasan. Memang menurut Islam segala gerak geri hidup kita, dan apa yang kita laksanakan tidaklah telepas dari lingkungan agama. Semuanya tidak lepas dari hukum lima iaitu wajib, sunat, haram, makruh, dan harus. Semuanya kelak akan diperhitungkan di hadapan Tuhan di akhirat. Perbuatan baik akan diberi pembalasan baik, manakala amal buruk akan diberi pembalasan buruk oleh Allah yang Maha seadilnya.


Ayat 5:

Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami memohon pertolongan.

Lebih murnilah kita terjemahkan maksud na’budu sebagai ‘kami beribadat’. Meskipun telah kita pakai erti dalam bahasa kita iaitu ‘sembah’ atau ‘kami sembah’,namun hakikat ibadat hanya khusus kepada Allah, sedangkan dalam bahasa kita perkataan tersebut merujuk kepada seseorang yang menyembah raja dalam sesebuah negeri. Maksud ibadat adalah jauh lebih luas dari sembah.

Kalimah istianah mengatukan pengakuan bahawa hanya kepadanya sahaja kita memohon pertolongan- tidak kepada orang lain. Dia adalah Tuhan yang mencipta dan memelihara, Dia adalah rabb, Dia adalah Illah, tidak ada Illah yang lain melainkan Dia. Oleh kerana Dia yang mencipta dan memelihara, maka hanya Dia pula yang patut disembah. Adalah satu hal yang tidak wajar, kalau Dia menjadikan dan memelihara, lalu kita menyembah kepada yang lain. Oleh itu,ayat ini memperkuatkan lagi ayat 2, maka mengakui bahawa yang patut disembah sebagai Illah hanyalah Allah.

Ayat 6:

Tunjukkilah kami jalan yang lurus

Tunjukilah kami ke jalan yang bnar.Bukan hanya memberi hidayah tetapi juga memberi taufik.Meminta ditunjukkan dan dipimpin supaya tercapai jalan yang lurus. Dengan ayat ini, kita telah diajar tentang perkara yang amat penting untuk kita memohon pertolongan daripadaNya iaitu memohon ditunjukki jalan yang lurus. Inilah puncaknya permohonan. Pada ayat sebelumnya telah kita nyatakan, bahawa hanya kepadaNya sahaja kita memohon pertolongan. Tetapi kita tidak utamakan meminta harta. Kita tidak mahu meminta rumah besar dan cantik, kekayaan yang melimpah, dan lain-lain. Kita memohonkan sesuatu yang amat penting iaitu petunjuk. Kalau petunjuk jalan lurus itu tidak diberi, walaupun perkara lain diberikanNya, maka perkara lain itu besar kemungkinan akan mencelakakan kita.

Ayat 7:

Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniai nikmat atas mereka. Bukan jalan orang yang Engkau murkai ke atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

Jalan yang Engkau murkai iaitu orang-orang Yahudi dan pula jalan mereka yang sesat(iaitu orang-orang Nasrani).Golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang menyimpang dari fahaman Islam. Kita telah mendengar berita tentang orang-orang terdahulu yang telah menempuh jalan yang lurus dan Allah pernah mengurniakan nikmatNya. Sebab itu, maka kita memohon kepada Tuhan agar kita ditunjukkan pula jalan yang lurus itu. Kami memohon: Pimpinlah kami ke jalan itu, iaitu jalan bahagia yang pernah ditempuh oleh manusia-manusia yang Engkau cintai dan mencintai Engkau, dan yang menegakkan kebaikan di dunia ini. Apabila Allah telah menganugerahkan nikmat ‘redha’ kepada seseorang hamba, tercapailah olehnya puncak kebahagiaan jiwa di dalam hidup yang sekarang ini. Permulaan dari redha Allah itu ialah bila mana telah tumbuh dalam jiwa keinsafan beragama.

KESAN IMAN DALAM KEHIDUPAN

Di dalam rukun Islam, perkara yang terkandung di dalamnya ialah perbuatan zahir yang boleh dilihat atau dirasai. Sebagai contoh, solat adalah salah satu rukun Islam, ia adalah satu perbuatan ibadah yang jelas dan zahir, penuh dengan rukun dan tartib dari takbiratul ihram hingga menunaikan salam.

Di dalam rukun iman, ke enam-enam perkara tersebut tidak boleh di lihat dengan mata ksar, namun ia merupakan satu bentuk kepercayaan di dalam diri sendiri. Kekuatan iman adalah merupakan hidayah dari Allah, namun setiap muslim hendaklah melakukan seberapa banyak amalan bagi membolehkan hidayah Allah dapat diterima.

Sebagai contoh, percaya kepada hari kiamat. Ia masih tidak berlaku namun kewujudannya benar-benar tersemat di dalam diri sehingga tiada siapa boleh mengubahpun. Kekebalan terhadap kepercayaan ini seumpama setiap manusia mempercayai bahawa satu tambah satu adalah dua. Buatlah apa kaedah sains atau teknologi untuk mengatakan jawapan satu tambah satu adalah bukan dua, setiap orang pasti tidak mempercayainya.

Ia kerana kepercayaan itu tersemat dengan jelas di dalam diri sendiri, apatah lagi secara logiknya ia boleh dibuktikan. Di dalam soal iman ini, kita juga hendaklah meletakan seratus peratus kepercayaan tehadap setiap yang terkandung di dalam ajaran Islam bagi membolehkan kekuatan iman kita menebal tanpa merasa tergugat walau banyak ujian yang telah kita lalui.

Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam aqidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:

1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kesempurnaan dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t:

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)

2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t:

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul- rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan. Firman Allah s.w.t:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasulrasulnya.(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah s.w.t:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat KukuhkekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)

5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:

"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (Surah Al-Syura 42: Ayat 7)

6. Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Firman Allah s.w.t:

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al-Syams 91: Ayat 7-10)

Dan firman Allah s.w.t;

Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).

7. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang- undang itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan. Firman Allah s.w.t:

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)

8. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanNya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

9. Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan memikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah s.a.w:

"Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang ZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya." (Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan Al-Asbahani meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib)

10. Berhubung dengan sifat-sifat Allah s.w.t terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim yang membuktikan kesempurnaan ketuhana(UluhiyyahNya). Kita dapati beberapa ayat Al-Quran membuktikan kewujudan Allah, sifat baqa' (kekal), sifat qadim (sedia ada), sifat Ia berlainan dengan segala makhluk, tidak mempunyai anak, tidak ada yang menandingiNya. Kita juga menemui ayat-ayat yang menunjukkan Tuhan itu wujud dengan sendirinya, Maha Kaya dari segala makhlukNya dan makhluk berhajat berhajat kepada kebesaranNya. Demikian juga kita menemui ayat-ayat yang menunjukkan keEsaan Allah pada ZatNya, sifatsifatNya dan perbuatanNya, kekuasaanNya, keagunganNya dan keluasan ilmuNya ke atas sesuatu. Kita temui lagi ayat-ayat yang menunjukkan iradah Allah mengatasi segala iradah yang lain dan Allah itu bersifat hidup yang penuh dengan kesempurnaan.

Selain dari sifat-sifat yang disebut tadi, masih banyak lagi ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat kesempurnaan lain bagi Allah s.w.t yang tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia yang terbatas, tentang hakikat sebenarnya. Maha Suci Allah, kita tidaklah dapat membataskan pujian kita terhadapNya sebagaimana memuji dirinya sendiri.

11. Saya juga mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah semata- mata tidak menyekutukan dengan yang lain. Ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah dan RasulNya yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah semata- mata dan tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah. Amaran ini jelas dalam firman Allah s.w.t:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

12. Saya juga mestilah takut hanya kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut tersebut seharusnya menyebabkan saya menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya. Allah s.w.t menjelaskan:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. (Surah Al- nur 24: Ayat 52)

Firman Allah s.w.t seterusnya:

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Mulk 67: Ayat 12)

13. Saya mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir. Ini paling mujarab untuk jiwa dan senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan-serangan zaman ini, pancaroba kehidupan serta asam garamnya. Inilah penawar yang sangat diperlukan oleh manusia zaman ini. Sungguh benar peringatan Allah yang menyatakan:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah Al-Ra'ad 13: Ayat 28)

FirmanNya lagi:

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37- Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Surah Al- Zukhruf 43: Ayat 36-37).

14. Saya juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya. Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalannya di sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia serta kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang saya dari mencintai Allah. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)

Tuesday, July 14, 2009

Usrah dan Kepentingannya

MUQADIMAH
Proses tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwwah al-islamiyyah. Ia membawa maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjemaah. Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (petugas) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kepentingannya tidak boleh kita nafikan.

Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan diatasi oleh kebatilan yang kemas. Justeru, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.

PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib/ah perlu memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapid an kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Usrah janganlah hanya dijumudkan dengan perbincangan teks sahaja tetapi ianya juga boleh diluaskan dengan bentuk perbincangan, rehlah, ziarah, riadhah, majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunyai cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyyah yang lain diantara cirri-citi tersebut ialah:
  • Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan). Usrah yang berkesan mestilah berterusan dan pemutusan usrah akan mengakibatkan kurangnya penghayatan dan perkembangan tarbiyyah dikalangan anggotanya.
  • Merangkumi keseluruhan ahli samada pimpinan, pengikut, mahupun pekerja
  • Mempunyai perancangan (al-tahhtit) yang rapi dalam semua sudut
  • Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqoba’ manupun ahli
  • Antara keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat sejauh mana persoalan ini dapat dilihat dan dijawab dengan sempurna:
    1. Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam.
    2. Sejauhmana pula konsep al-ta’wun (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam.
    3. Sejauh mana ikatan ukhuwwah dan amal jamaie dapat dibentuk dan sejauhmana pula perlaksanaannya dalam bentuk amalan.

    TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH


1. Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap tasawwur Islam kepada anggota.


2. Meningkatkan penghayatan ‘amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan ajaran Islam secara fardiyy atau jamaie


3. Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jamaah.


4. membina ‘aqliyyah jamaiyyah di kalangan anggota agar mereka sentiasa memberi keutamaan kepada gerak kerja secara jamaie dan bertindak mengikut keputusan jamaah.


5. menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari selok-belok perjuangan dari pengalaman gerakan Islam seluruh dunia.


6. mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan aktivis-aktivis yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlaq.


7. memastikan bahwa yang bakal menempati saff pimpinan ialah orang-orang yang layak, jujur dan ikhlas. Memastikan bahawa yang memegang pimpinan adalah orang yang layak ditempat yang munasabah.


8. Memastikan bahawa barisan perjuangan tidak dimasuki oleh pemikiran yang sumbang atau musuh.


9. Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organisasi yang piawai atau mampu mnghadapi tahap-tahap perjuangan tanpa diserapi oleh anasir pemecah yang menggugat harakah.

CIRI-CIRI NAQIB

Secara ringkas disertakan sekali cirri-ciri naqib yang memimpin usrah:

1. Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama.Naqib perlu mempunyai asas kefahaman Islam yang mendalam terhadap Tasawwur Islam dan memahami Waqi’ (jamaah/ harakah) serta memahami marhalah dakwah. Setidak-tidaknya naqib biarlah dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman haraki, serta ilmu terhadap asas Islam (tasawwur Islam)

2. Iman yang mendalam Naqib perlu menjadi contoh ikutan kepada ahli-ahli usrah. Lantaran itu ia mestilah mempunyai keimanan yang kukuh, keyakinan, tawakkal serta memelihara ibadat-ibadat fardiyy dan menjaga sunnah-sunnah Nabi saw.

3. Bersifat amanah Naqib perlu menyedari bahawa ia memikul amanah yang tinggi iaitu membimbing ahli-ahli supaya menjadi golongan yang terpilih di samping merasakan bahawa dialah orang yang bertanggungjawab memelihara agama.

4. Keikhlasan yang tinggi. Keikhlasan adalah perkara paling penting dalam mana-mana perkara yang hendak dilakukan. Namun perkara yang terlebih penting adalah ikhlas kepada naqib-naqib dengan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran serta sanggup berkorban. Ia perlu mengorbankan lebih masa, perasaan, masa kerja, keluarga, harta-kekayaan, dan berbagai kepentingan lain untuk cita-cita Islam.

5. Beramal dengan ilmu. Naqib perlu beramal dengan ilmu dan dikenali sebagai orang yang beramal dengan ilmunya. Ini akan memberikan kesan yang baik ke atas anggota-anggota jamaah yang lain yang menjadi contoh yang baik.

6. Syakhsiah yang terpuji. Naqib dikenali sebagai seorang yang memiliki akhlak dan syakhsiyah yang baik, menepati janji, jujur dan berbagai lagi akhlak yang mesti dimiliki. Ini kerana naqib adalah sebagai pembimbing, pendidik, guru dan seorang sahabat yang sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian umum.

7. Pergaulan yang baik Hubungan naqib dengan ahli usrahnya adalah hubungan yang berterusan, dan bukan terhad hanya di dalam usrah semata-mata. Naqib mestilah pandai bergaul dengan anggot usrah yang lain serta mewujudkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anggota usrah.

MANHAJ USRAH

1. Mestilah ditegaskan bahawa islam dan ajarannya bersumber dari kitab suci al-Qur’an dan hadith Nabi saw sebagaiimana yang difahami dan diambil dari ulama’ yang muktabar.

2. Memberi penekanan terhadap tasawwur Islam dan penekanan bahawa Islam adalah satu system hidup (Nizamul hayat) atau ad-din yang sempurna.

3. Bahan-bahan usarh, hendaklah mengambil kira marhalah yang sepatutnya dilalui oleh ahli-ahli usrah.

4. Manhaj Usrah perlu mengandungi Tasawwur Aqidah yang kemas dan menyeluruh yang menjadi teras kepada perjuangan Islam.

5. Kandungan Usrah perlulah yan dapat memandu dan menyumbang kea rah pembentukan peribadi atau syakhsiah muslim dan pendakwah.

6. Kandungan usrah mestilah mengandungi perngatan untuk memelihara Islam sama ada secara fardiyy atau jamaie’.

7. Memberi penekanan terhadap ibadah-ibadah khusus dan amalan-amalan yang membina kerohanian seperti membanyakkan zikir, wirid mathurat, doa-doa, membaca al-Qur’an, menziarahi kubur dan sebagainya.

8. Kandungan Usrah mestilah mempunyai unsur-unsur pembentukan fikrah dakwah Harakah, dan siasah secara seimbang.

9. Menekankan panduan-panduan latihan kerja secara jamaie, seperti tanggungjawab memelihara amanah, berkorban, mematuhi arahan-arahan dan memberi wala’ dan ketaatan kepada pimpinan jamaah.

10. Menyediakan ruang-ruang buat ahli-ahli berinteraksi sesama sendiri bagi menguatkan ukhwah dan sanggup bermuhasabah, memperbaiki kelemahan, dan kekurangan yang ada dikalangan anggota dengan cara-cara yang baik.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN / KEGAGALAN USRAH


FAKTOR YANG BERPUNCA DARI NAQIB:

a. Tidak memahami atau kurang memahami tujuan dan matlamat usrah dalam rangka Tarbiyyah.

b. Tidak memahami kandungan dan skima tarbiyyah sesuia dengan marhalah mad’u dan sasarn.

c. Kaedah penyampaian Usrah yang tidak sesuai.

d. Naqib tidak memberikan tumpuan dengan ahli-ahli usrah.

e. Tidak mengenal mad’u.

f. Para Naqib tidak ada Fikrah Dakwah dan Harakah.

g. Tidak membuat persediaan dan Kajian terhadap bahan-bahan Usrah.

h. Tidak segera menyelesaikan masalah.i. Tidak memahami politik dan isu-isu semasa.

j. Naqib tidak mematuhi arahan jamaah.


CIRI-CIRI USRAH YANG BERJAYA


1. Majlis yang terancang dan berterusan

2. Mempunyai ketua yang bertanggungjawab.

3. Mempunyai bilangan ahli yang kecil.

4. Keahlian usrah merangkumi semua peringkat.

5. Usrah sebagai saluran melahir dan membentuk pimpinan